INFAQ PEMBINAAN KOMPLEKS ANAK YATIM DAN ASNAF AS SAKINAH
Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 16 Oktober 2011. Ia dikendalikan oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PAPAR yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan Nombor Pendaftaran: PPM-009-12-23072012













Hasil sumbangan terkumpul yang diterima dari orang ramai, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Papar akhirnya berjaya membeli kedua-dua rumah (Lot 503 dan 504) yang sebelum ini disewa secara bulanan

Walaubagaimanapun, setelah lebih 10 tahun digunakan, kedua-dua rumah ini semakin uzur dan tidak lagi mampu untuk menampung jumlah anak-anak yang semakin ramai dan yang lebih utama lagi ialah aspek keselesaan dan keselamatan anak-anak.
Jawatankuasa Induk dan Pengurusan kemudiannya telah memutuskan untuk membina sebuah kompleks anak yatim dan asnaf yang lebih besar, selesa dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan di lot-lot berkenaan.
Walaupun dana yang diperlukan untuk membina sebuah kompleks agak besar jumlahnya dan masih belum mencukupi, pembinaannya pula perlu melalui beberapa proses kelulusan dari pihak-pihak yang berkenaan, namun ia tidak menghalang untuk Jawatankuasa meneruskan hasrat pembinaannya agar anak-anak ini dapat tinggal di rumah yang lebih besar dan selesa.
Setelah melalui beberapa siri perjumpaan dan perbincangan serta mengemukakan permohonan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengikut prosedur, akhirnya kelulusan untuk pembinaan pun diperolehi.



Kerja pembinaan dimulakan dengan majlis pecah tanah pada 10 Mac 2023 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri (iii) Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.




Mei 2023 – Kerja-kerja memasang cerucuk (piling) sedang berjalan.


........................................................................................



Kos pembinaan mencecah RM3 Juta, dan kami hanya ada masa kurang dari setahun untuk mengumpul dana yang diperlukan supaya kerja-kerja pembinaan tidak tergendala.
Oleh itu, kami mengajak para dermawan untuk turut mengambil peluang berinfaq bersama membantu merealisasikan impian terbinanya sebuah Kompleks Anak Yatim Dan Asnaf As Sakinah yang kita banggakan. Sekecil manapun infaq dan sumbangan anda, tetap dinilai besar disisi Allah dan RasulNya serta akan menjadi SAHAM AKHIRAT kita Bersama.



PELUANG WAQAF / INFAQ PEMBANGUNAN SERENDAH RM10 UNTUK SAHAM AKHIRAT
⏩ Ayuh sahabat kita rebut peluang WAQAF / INFAQ untuk pembangunan Kompleks Anak Yatim & Asnaf As Sakinah.
⏩ Kos untuk pembinaan kompleks tersebut bernilai RM 3 juta
⏩ Kutipan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
No. Ruj: JHEAINS:BPP:600/15/2023
⏩ Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan ke no. akaun berikut:-
MAYBANK - 560148678272 (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Papar)
Ref : Infaq Pembangunan
CIMB BANK – 8601409421 (Akaun Wakaf Kompleks Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah)
Ref : Infaq Pembangunan
Atau isi borang di bawah untuk menyumbang secara online:-
